Bisnes LANGSIR hasil tangan orang KUNAK
Setiap hasil kerja dari pengukuran, jahitan dan pemasangan adalah dari pelbagai kelompok individu yang bekerja secara profesional bersama untuk mencari rezeki yang halal dari kemahiran yang ada.

Pengkuran & pemilihan kain dilakukan bersama-sama

Pemasangan secara menyeluruh oleh pakar
Kami adalah kedai yang beroperasi dalam INDUSTRI JAHITAN LANGSIR
D'ss Home Curtains adalah salah satu kedai yang terlibat dalam industri jahitan langsir khususnya di Sabah. Kami membawa idea dan reka bentuk yang pelbagai untuk pelanggan memilih hasil dari pengalaman kami beroperasi lebih 7 tahun dalam industri jahitan. Kami sangat komited dalam menyediakan pelanggan kami bukan sekadar hanya langsir bahkan pelbagai jenis jahitan yang terbaik untuk disesuaikan dengan keperluan kediaman @ tempat kerja mereka. Pemilihan yang disediakan adlah berhati-hati supaya sepadan dengan standard kualiti terbaik. Kami menawarkan pelbagai pilihan langsir & "blind" tingkap yang bergaya dan berkualiti untuk pelanggan kami atau dibuat khas dengan fabrik berkualiti bersesuaian dengan bajet anda. Kami menjamin bahawa langsir kami akan menambah keindahan dan keanggunan pada tingkap rumah atau pejabat anda. Walaupun kebanyakan pelanggan kami mempunyai bajet & pilihan langsir yang berbeza, kami menyediakan pelbagai harga pakej langsir tanpa merangkumi kualiti setiap langsir. Dengan itu, anda boleh yakin bahawa anda hanya mendapat yang terbaik daripada apa yang anda bayar. Kami menawarkan khidmat kami di seluruh kawasan KUNAK, TAWAU, SEMPORNA & LAHAD DATU. Perkhidmatan kami juga merangkumi dari awal pengukuran, pemilihan kain, sebutharga hingga ke pemasangan yang kemas khusus untuk pelanggan kami sahaja.
+0
Pengukuran
+0
Pilihan
+0
Pemasangan
Penyeri Hiasan Kediaman Anda

Pemilihan yang pelbagai
Anda boleh membuat pelbagai jenis pilihan atau berkongsi idea yang ingin direalisasikan.
Perkhidmatan kami...
Kami percaya setiap individu perlukan KEUNIKAN dalam merealisasikan impian.
Perkhidmatan yang cemerlang hanya bersama D'ss Home Curtains.
Temujanji
Boleh terus berhubung untuk sebarang persoalan @ temujanji
Pengukuran
Pengkuran dilakukan secara menyeluruh untuk dapatkan ukuran yang tepat
Pemilihan
Pelanggan membuat pilihan kain, jahitan dan hubungkait untuk proses seterusnya
Sebutharga
Admin akan beri quotation hasil perbincangan bersama
Jahitan
Proses siapkan tempahan.
Pemasangan
Pemasangan yang kemas dan teratur mengikut masa yang ditetapkan